Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama yang menggalakkan daripada seluruh warga sekolah yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan serta para pelajar. Antara pengisian yang dijalankan pada hari tersebut ialah kerja-kerja pembersihan taman, mengecat lokasi-lokasi tertentu, mengemas bilik-bilik khas serta bilik darjah.
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Hasil daripada gotong-royong ini, kawasan sekolah semakin bersih dan indah. Program i ni juga berjaya menanam nilai murni dalam kalangan pelajar seperti cintakan kebersihan alam sekitar, berkerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya. Diharapkan program murni ini akan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru-guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar yang terlibat.
TERIMA KASIH SEMUA