Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada semua warga pendidik SMK Tunku Bendahara. Diharapkan sesi baru ini akan menyuntik semangat baru untuk terus berkhidmat dalam menjana modal insan cemerlang kepada seluruh anak didik kita. Diharapkan juga pada tahun ini kita dapat menjana kejayaan tak kita sama ada bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar kerana berjaya menaikkan kualiti pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang telah diumumkan baru-baru ini. Berdasarkan analisis peperiksaan PMR ini jelas menunjukkan bahawa kita telah berjaya menaikkan peratus lulus keseluruhan serta mencapai gred purata yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Hampir semua mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang menggalakkan.
TAHNIAH KEPADA SEMUA DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS.
No comments:
Post a Comment